Langsung ke konten utama

apa nak jadi? ramai ibu bapa kini tanggunganak mereka sampai mati




Mak aih!! Terkejut beruk saya bila baca tajuk berita kat muka depan suratkhabar KOSMO kelmarin. Betul orang kata, sekarang ni memang ramai mak bapak yang melahirkan tuan.

Teringat saya dulu-dulu masa umur saya dalam 21 tahun. Masa tu saya tengah study degree tahun dua kat UKM, saya dah mula buat macam-macam side income.

Sejak tahun tu jugalah, saya dah mula tak minta dan tak terima duit mak bapak saya. Sebabnya, saya dah boleh cari duit sendiri dan saya malu nak ambil duit dorang.

Sebelum tu bila balik kampung je, mesti dorang bagi duit belanja. Tapi lepas saya aktif cari side income tu, saya pula yang bagi duit belanja kat dorang. Tak banyak, tapi ada.

Dunia Dah Terbalik 


Jadi, bila terbaca berita kat KOSMO tu saya jadi sedih dan hiba. Anak-anak patutnya ringankan beban mak bapak bila dah mula bekerja. Tapi sekarang dah terbalik pulak.

Anak muda sekarang ni tak segan nak minta duit mak bapak walau dah mula bekerja. Alasannya, duit tak cukup duduk KL. Padahal hujung minggu bersuka ria, tak ingat dunia.

Bila rasa sesak, mula hubungi mak bapak dan minta duit tambahan padahal hidupnya bermewah-mewah. Gaji baru RM2,000 pun menggelupur nak beli Myvi 2018 tu.

Iyalah, Myvi baru tu kan cun habis. Ala-ala kacukan VW Golf dengan Honda Jazz, kan. Mulalah anak muda bergetar tulang rusuk. Deposit takda, minta kat mak bapak juga.

Lagi, kat FB upload gambar bercuti sini sana. Nasib baik mak bapak kau tak layan FB. Kalau tak, mesti dorang sedih tengok kau guna duit dorang pegi enjoy dengan kawan.

Kahwin Pakai Duit Mak Bapak 

Kalau bab kahwin pula, saya rasa pengantin laki dan perempuan sendiri, kalau boleh memang nak jimat habis. Janji sah nikah, buat makan ringkas-ringkas dah cukup.

Yang biasa nak majlis grand ni mak bapaknya. Tak nak kalah dengan sedara mara dan jiran tetangga. Orang buat 7 khemas, dia nak buat 9 khemah.

Orang jemput 1,000 orang, dia nak jemput 1,500 orang. Kalau memang mak bapak yang sponsor pakai duit sendiri, sekatilah. Duit sendiri, kan. Tak kisahlah.

Masalahnya, bila majlis grand-grand, semua pakai duit hantaran yang pihak laki bagi. Apalah salahnya duit hantaran tu bagi kat anak untuk dorang mulakan hidup bersama.

Mak Bapak Kaya 

Kalau dah memang mak bapak dia kaya, lantaklah kan. Duit dorang sendiri. Tapi anak-anak pun kena belajar berdikari dan perlu juga diberi ilmu untuk uruskan kewangan.

15. Kekayaan boleh diwarisi, tapi ilmu untuk uruskan kekayaan tu takkan nak diabaikan. Takut nanti, kaya tu kekal generasi kedua saja. Masuk generasi ketiga, lesap semua.


Bank Segera 

Secara realiti, mak bapak kat Malaysia sekarang ini dah jadi macam bank segera atau pembiaya kewangan "confirm lulus" pula kepada anak-anak yang sudah dewasa.

Kalau tak cukup duit, anak muda dah tak risau sebab dorang tahu ada mak bapak yang akan tolong. Kalau mak bapak bagi sendiri, takpa. Tapi, kalau kau yang minta, tolong malu.

Tak Cukup Duit 

Dah tahu tak cukup duit setiap bulan, hiduplah bawah kemampuan. Kalau gaji RM3,000 tu, hiduplah macam orang gaji RM2,000. Lebih RM1,000 simpan terus.

Semua orang tau, dana kecemasan sangat penting. Dah tau tu, buatlah dana kecemasan 3 hingga 6 bulan gaji. Kalau gaji RM3,000, buat simpanan RM9,000 hingga RM18,000.

Bila dah ada dana kecemasan, harap-harap, takdalah lagi dialog kesian, "Ayah, nak pinjam RM2,000 boleh? Kereta rosaklah. Nanti bila ada duit, Ucu pulangkan ya."

Mentang-mentanglah dia tahu Ayah dia baru dapat duit KWSP lepas pencen hari tu. Kesian kat Ayah dia, asyik kena paw je dengan anak. Tak nak bagi, kesian. Bagi, duit habis.

Jadi, sebab tu kalau boleh, anak-anak elakkan minta duit kat mak bapak. Kalau dah korang minta, memang dorang akan bagi. Jadi, janganlah ambil kesempatan macam tu.

Di usia emas dorang, jangan dorang dibebani dengan masalah kewangan anak-anak. Pada usia itu, dorang perlu berehat. Cukuplah berpuluh tahun dorang berkorban.

Jangan pula kerana kita, dorang paksa diri bekerja dan membanting tulang untuk menyara anak-anak dewasa yang perasan macam anak kecil yang merengek-rengek mahukan duit belanja dan dibelikan mainan itu dan ini.

Insaflah anak muda Malaysia!


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Sebagian Orang Menyesal Lulus Kuliah Sebelum Melakukan 9 Hal Ini, Jangan Sampai Kamu Juga

Ingat, kompetisi mencari kerja itu dimulai jauh sebelum lulus, bukan setelahnya. Pernah ditanya mau ngapain setelah lulus dan bingung mau jawab apa? Kamu tidak sendiri, sebagian besar lulusan baru juga masih kebingungan mau kemana mereka setelah lulus. Walaupun begitu, kamu tidak perlu jadi salah satu dari mereka. Kesalahan yang paling sering dilakukan mahasiswa adalah berpikir bahwa kompetisi mencari kerja itu dimulai setelah lulus Salah! Kompetisi mencari kerja dimulai jauh sebelum lulus. Sebagian besar lulusan terbaik justru sudah mendapat pekerjaan sebelum mereka sidang skripsi. Pertanyaannya, hal berbeda apa yang mereka lakukan selama kuliah namun mungkin belum kamu lakukan? Berikut ini adalah 9 hal yang sering dilakukan para lulusan terbaik selama kuliah dan mungkin bisa kamu tiru juga 1. Ikuti program magang atau praktik kerja Masalah pengalaman bagi lulusan baru itu mirip seperti ayam dan telur. Mana yang duluan? K...

Mengejutkan!! Inilah Sebab Kita Dilarang Menyiram Air Panas Di Dalam Tandas.. Mengundang Bahaya.

Tindakan membuang air panas ke toilet mungkin menjadi hal aneh bagi sebahagian orang. Namun tidak dinafikan jika hal ini sering dilakukan bahkan menjadi kebiasaan. Sebaiknya bagi anda yang kerap melakukan hal ini segera menghentikan tindakan demikian. Pasalnya ada bahaya yang boleh dialami jika hal ini terus dilakukan. Ulama menegaskan jika tindakan ini boleh mengganggu jin. Seperti diketahui, tandas merupakan salah satu tempat yang menjadi kegemaran jin. Bangsa jin yang terganggu kerana siraman air panas boleh melakukan pembalasan. Mulai dari merasuki manusia, bahkan ada yang sampai mengakibatkan pada kematian. Seperti apa penjelasan lengkapnya? Berikut ulasannya. Dari Zaid bin Arqam Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad SAW bersabda yang artinya: Sesungguhnya tempat buang air itu dikerubuti oleh syaitan dan jin. Kerana itu, apabila kalian masuk tandas, bacalah: ‘Aku berlindung kepada Allah dari syaitan lelaki dan syaitan wanita’ (HR. Ahmad 19807, Abu Daud 6, Ibn Majah 312...

ciri-ciri lelaki yang TIDAK PATUT DITOLAK lamarannya (jenis ini one in a million)

Setiap muslimah tentu mendambakan laki-laki yang shaleh lagi taat, taat ibadahnya, bagus akhlaknya serta indah tutur katanya, pandangan mata yang menyejukkan, setiap untaian katanya yang baik lagi berisi nasihat-nasihat yang indah. Memiliki kepedulian yang tinggi serta perhatian, setiap wanita tentu memimpikan bertemu dengan laki-laki seperti ini sebagai pendamping hidupnya. Sebagai calon ayah bagi anak-anaknya, sebagai calon imam yang akan memimpin dan membimbingnya sampai ke syurga kelak. Kebingungan yang sering muncul bagi setiap muslimah adalah bagaimana cara mendeteksi atau melihat laki-laki tersebut baik atau tidak, bagaimana mengenali ciri-cirinya. Banyak yang kelihatannya shaleh namun setelah menikah sifat aslinya menunjukkan jauh dari keshaleh-annya, banyak yang tampak diluar baik namun ketika setelah menikah terlihat sangat terbalik sekali dengan sifat awal yang dikenal, penyesalan di akhir tentu hal yang tidak diinginkan oleh semua wanita, tidak mau kalau pernikahan y...